Sunday, June 06, 2010
:: Warkah Buat Suami ::
Suamiku,
Dilafaz lancar sebuah akad
Setulus hati mahar diberi
Terangkat sudah segala penyekat
Diriku kini kau miliki
Dalam keterharuan
Airmata ibu berguguran
Ayah sebak melepaskan
Puterinya kini kau jagakan
Suamiku,
Jika diriku diterima kerana kelebihan
Kau kan kecewa bila terlihat kekurangan
JIka diriku diterima kerana kecantikan
Kau kan bosan bila ia beransur hilang
Aduhai suamiku,
Jelaskanlah niat dan matlamat
menerimaku kerana agama
Barulah hidup beroleh berkat
Bahagia hingga ke syurga
Ketahuilah suamiku,
Kaulah pemilik cintaku
Setelah Allah dan Rasul
Suluhkanlah buatku
Jalan menuju yang satu
Suamiku,
Kita dua insan berbeza
Cita dan cinta yang sama
Jadilah dirimu sebenarnya
Terimalah diriku seadanya
Suamiku,
Asam garam rumahtangga
Khilaf dan salah pasti ada
Sama2lah berlapang dada
Pemula maaf paling mulia..
Indahnya bahasa yang aku dapat dr seorang sahabat yang pernah baca buku "Pemilik Cintaku Seteleh Allah dan Rasul" ni buatkan aku teringin tuk kongsi kat sini...
Incik shahril pegi kursus dr ari khamis (3 June) smp esok br balik..so aku melepak umah mak sementara nunggu dia balik...bila dah x dapat cari gaduh ngan incik shahril buatkan ade perasaan rindu ar plak kat laki aku sorg ni, huu...
Labels: rindu..
you nv knew i was there @
10:23 PM
-------------------------------------------------------------------------------